Kerjaya Harrison Ford (pelakon filem senyap)

Dilahirkan di Kansas City, Missouri, Ford memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon pentas. Beliau membuat kemunculan Broadway pertamanya pada tahun 1904 menerusi Ranson's Folly. Beliau turut muncul dalam pementasan lain seperti Strongheart; Glorious Betsy; The Fight; The Switchboard; The Bubble; dan Rolling Stones.

Ford memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1915 dan berpindah ke Hollywood. Beliau memegang watak utama bersama-sama beberapa bintang lain seperti Constance Talmadge, Norma Talmadge, Marie Prevost, Marion Davies, Marguerite De La Motte dan Clara Bow. Kerjaya pergilem Ford berakhir sejurus selepas filem dengan suara diperkenalkan. Love in High Gear yang dilancarkan pada 1932 menjadi filem terakhir beliau dan satu-satunya filem bersuara beliau. Beliau kembali ke pentas teater. Beliau telah bersama United Service Organizations (USO) ketika Perang Dunia Kedua.[1]

Rujukan

WikiPedia: Harrison Ford (pelakon filem senyap) http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=12337... http://freepages.genealogy.rootsweb.ancestry.com/~... http://www.corbisimages.com/stock-photo/rights-man... http://www.corbisimages.com/stock-photo/rights-man... http://www.corbisimages.com/stock-photo/rights-man... http://www.corbisimages.com/stock-photo/rights-man... http://www.goldensilents.com/stars/harrisonford.ht... http://ibdb.com/person.php?id=%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D http://www.imdb.com/name/nm0001230/ http://www.virtual-history.com/movie/person/8693/h...